Friday, April 16, 2010

Treadmill Oh Treadmill

Salam... Bagaimana tajuknya begitulah kisahnya lahirnya blog ni. Kebetulan baru buka laman kevin zahri dan sedang deal harga dengan beberapa penjual treadmill terpakai. Sudah hampir sebulan merantau mencari treadmill dek kerana keadaan mendesak. Buka laman web, melawat outlet fitness equipment dan telefon sana sini dan masih lagi mencari treadmill.

Ceritanya.... ketika baru pulang dari kampung, masa tu biarkan Bert bawa kereta maklumlah hanya menumpang. Aku memang dah selalu demam kalau bila balik kampung sebab memandu. Jadi kebetulan masa tu ada kursus di Besut dan nak dijadikan cerita tiket Air Asia yang dibeli tahun lepas tarikhnya tepat-tepat dengan permulaan kursus. Jadi baliklah petang tu ke kampung halaman. Bila dah selesai kursus, seperti yang dirancang maka aku pun tumpanglah Persona Bert. Kononnya tak nak memandu untuk mengelakkan demam. Dah tu tiba-tiba je di Kem Tentera Kuantan, badan dah rasa lain. Memang dah dijangka. Aku Demaaaaaam!!!

Dah sampai pun rumah! Lama betul rasanya. Bangun pagi esoknya badan makin lemah. Tanpa banyak cerita terus ke Klinik Zalfah, Bangi. Hatiku mengeluh, dah tak tahan lagi. Walau hakikatnya sakit itu penghapus dosa, namun tak dapat dinafikan berat badan aku yang dah mencecah 110 kg antara faktor. Setelah berbincang dengan doktor maka disarankan agar membeli sebuah alat senaman yang pada mulanya hanyalah basikal dalam rumah.

Bermula lah pencarian alat senaman yang selama ini aku gelakkan dan sekadar tidak ambil peduli pada penjual treadmill ni. Akhirnya aku jejakkan kaki ke outlet Smart Life di Kompleks Diamond (Dahulu dikenali sebagai Warta Bangi). Setelah taklimat pertama diberikan aku optimis untuk memiliki sebuah elliptical dengan harga lebih kurang RM 1500. Penuh bersemangat!!!

No comments:

Post a Comment